Friday, 16 February 2018

JEPUN AKU DAH TAWAN!!! ~DAY 1 + 2

Dari kecik lagi aku dah lama gilerr aim nak g Jepun. Macam mana boleh terjebak ada impian nak g Jepun semua start dari aku tertengok citer Takuya Kimura ler. Citer Takuya Kimura yang mana satu agak-agaknya yang aku giler masa zaman aku aku kecik tu? Haha. Kalau terer sila jawab la eh. Rasanya ada laa dalam 20 tahun lepas kot.

Lepas dari situ aku jatuh cinta dengan komik pulak dah. Dragon Ball, One Piece, Hunter X Hunter, Ranma Stengah segala jenis mak nenek komik Jepun la aku layan. Ni kalau aku sebut semua nama komik memang panjang sampai 3minggu la post aku kali ni. 

K banyak pulak merapu. So, dari situ aku makin terjatuh cinta dengan Jepun. Memula aim nak study sana. Tapi study ke laut wehh. Haha. Tapi bila aku dah set nak tu memang aku kentalkan jiwa raga aku sampai jadi la. Dah kerja kumpul duit YESSSS akhirnya aku berjaya jugak tinggalkan tapak kaki aku kat Jepun. Citer ni dah lama. Tahun 2016. Tapi dulu mana la aku minat menulis. Ni haa baru berjinak. 

Banyak halangan, perih dan getir masa nak g Jepun ni. Bila recall balik lawah wehh. Ok2 aku dah merapu. 

Masa aku g ni awal bulan 5. Masa tu musim bunga tapi dah hujung-hujung dah. Preparation seminggu sebelum tu aku beli JR Pass (RM2.1K) pastu bawak la sehelai baju sejuk. Aku beli tiket awal 8 bulan ke camtu. Aku beli sehala je masa tu, transit Bangkok jap. Rasa cam dala tak jejak Bangkok kan. Transit sehari then touch down kat Narita Airport. 


                                                               
              Ni dia rupa JR Pass. Aku beli yang ni nanti boleh cover seluruh  Jepun. Rate ni cover dalam 7 hari je.


Sampai je kat Narita Airport dalam kol 5 pagi g surau dlu then terus aku g office JR untuk activatekan JR Pass aku. Maka bergerakla aku ke SAPPORO kol 10.48 pagi. Ada la dalam 10 jam aku bertapa dalam train ni ha. Sampai dah malam dalam kol 8 lebih. Okehh dah sampai aku ngan member yang sorang ni blur nak g mana. Since Sapporo ni last minute add on. Haha. Dah la hujan teruk masa tu. Duk ah dalam station train Sapporo tetiba kol 12 kena halau sebab station nak tutup. Kahkahkah. Aku cari Family Mart untuk isi perut jap. Dah kenyang sendawa abes, aku cari port tido plak. K ni aku dan member tido kat bawah tangga dalam satu bagunan je. Sejuk nak maposs. Dengan angin takde dah nak sapa ayu gitu. Main terjah je angin suhu pulak 14C. 

Jam 3.30 pagi bangun la. Subuh awal sana. Pastu start la jejak Sapporo. Bunga memang lawa-lawa.  Kat Sapporo ni aku cover sehari je. Cover area Hokkaido Government Office Building, JR Tower Observatory T38, Odori Park, Clock Tower, Sapporo TV Tower dan Sapporo Factory. Pastu kelam kabut berlari kejar train pukul 6 ptg nak kejar balik Tokyo pulak. 

 SAPPORO!

Ni bunga-bunga kat Odori Park. Tulips

Masa kat Odori Park jiwa aku yang gagah pon asyik je tengok bunga. Bunga colorful. Segar & lawa pulak tu. Pastu nak jugak kejar Sakura. Nasib baik la dapat jugak tengok Sakura. Ada la tinggal 2,3 batang pokok Sakura tak gugur lagi. Dari tak dapat tengok langsung better la dapat tengok sikit kan. Haha



 Haa nampak sakura ada lagi? Dapat jugak tengok dengan mata sendiri. Alhamdulillah

Lavenders in my heart. Cewahh

Masa tunggu train, train pulak postponed. Pelik jugak sebab Jepun kan punctual. Pegi la tanya staff kat station, rupanya ada orang bunuh diri (Astaghfirullah). Tapi nasib baik ada niat nak g tanya, dorang pon tanya gak nak g mana, sembang-sembang aku dapat naik next train terus. Sepatotnya train aku lambat lagi nak sampai sebab ada kes tu kan. Alhamdulillah. Kitorang ni banyak transit. Kalau da terubah schedule tu penat la menunggu next schdule. Memang lawa-lawa je time kitorang sampai tempat transit tu train baru sampai then majulah KITA (eh aku ngan member jerr) ke Tokyo.

    

No comments:

Post a Comment